my name in arabic..

my name in arabic..

TAZKIRAH UNTUK HARI INI..

29 May 2012

MADAH PUJANGGA.....

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama.
(selepas kahwin)
C = Cuka yang dituang pada luka.
I = Iblis yang merosak minda.
N = Nafsu semata-mata.
T = Tuba yang dibalas semula.
A = Api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)
K = Kongsi semua suka duka.
A = Abang adik, ayang anja.
S = Sumpah janji di bibir sentiasa.
I = Istana bahagia dah dicipta.
H = Hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = Kaki tangan naik kat kepala.
A = Abuk pun tara, nak makan apa??.
S = Simpati langsung tak ada.
I = Ironi membakar jiwa.
H = Hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = Asal free mesti nak jumpa.
Y = You lap me, I lap you!
A = Apa saja sanggup diduga.
N = Nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = Salah sikit kiamat dunia.A = Air tak sedap, basahlah mata.
Y = Yang betul dia je.
A = Ada takde, bagi anak reti la.
N = Nak dilawan, digelar derhaka.
G = Gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)

H = Hanya dikau yang daku cinta.
A = Air paip pun manis macam gula.
T = Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = Igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = Hantu jembalang lagi sempurna.
A = Air mata jadi teman setia.
T = Tempat mengadu dah tak ada.
I = Ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah).
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.

T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang.

A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat.

A-Akad dilafaz cinta berbunga.
S-Suami disanjung-tinggi.

I-Isteri disayangi.

H-Harumlah kasih sepanjang zaman.
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami.

A-Ada masalah, dibincangkan bersama.
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
A-Amalkan hidup bertoleransi.

N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa.H-Hati suami mesti diJaga.
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
T-Tanggung-jawab dipikul bersama.
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti.